Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 3, 2014

Ukiran Moyang Lanjut dan Harimau Berantai

Ukiran Moyang Lanjut dan Harimau Berantai ialah sejenis ukiran kayu yang dihasilkan oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Ukiran Moyang Lanjut, kredit imej: sayadankamerasaya.wordpress.com

Ukiran Moyang Lanjut berkait dengan kisah sepasang suami isteri yang pergi menangkap ketam di kawasan paya di Pulau Carey.

Malangnya si suami terjatuh ke dalam paya tersebut dan mati lemas.

Si isteri meratapi pemergan suaminya siang dan malam dan akhirnya meninggal dunia sekali gus bertukar menjadi roh Moyang Lanjut.

Ukiran Harimau Berantai, kredit imej: sayadankamerasaya.wordpress.com

Kaum Mah Meri percaya ukiran patung Harimau Berantai melambangkan jelmaan semula semangat harimau.

Dalam dongeng Mah Meri, harimau ditangkap dan dibunuh menggunakan perangkap Dewi Besi.

Semangatnya akan kembali membunuh orang yang menjerat harimau menggunakan perangkap yang sama.

Oleh itu, kaum Mah Meri terlebih dahulu akan mendapatkan restu daripada semangat ini sebelum mereka memasang perangkap dawai besi.

-Kosmo!, Laman web rasmi Jabatan Muzium Malaysia.

No comments: