Raja Boabdil atau dikenali juga sebagai Sultan Abu `Abdullah Muhammad XII |
Moors ialah panggilan bagi masyarakat Islam yang pernah memerintah Sepanyol hampir tujuh abad sebelum tewas kepada bala tentera Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada tahun 1492.
Masyarakat Moors berasal dari Maghribi.
Selepas kemenangan Ferdinand dan Isabella beratus ribu warga Islam yang terus bermastautin di Sepanyol dipaksa masuk agama Kristian tetapi ramai yang terus menggunakan nama-nama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam.
Menurut para sejarawan beratus mati manakala dipaksa pindah ke Afrika Utara selama lima tahun berikutnya setelah Raja Philip mengeluarkan perintah menghalau mereka pada 9 April 1609. Demikian berapa catatan masa lampau. Seperti juga disebut semasa pemerintahan Islam di selatan Sepanyol tidak adapun kaum lain, Kristian atau Yahudi, dipaksa masuk agama Islam.
Jatuhnya pemerintahan ialah kerana perpecahan di kalangan orang Islam sendiri, umpamanya di antara Boabdil (Sultan Abu `Abdullah Muhammad XII) dengan rakyat Grenada. Pemberontakan berlaku di kalangan rakyat terhadap Boabdil kerana berunding menyerah kalah kepada Ferdinand dan Isabella.
Menurut yang punya cerita Boabdil kemudian berundur dari wilayah pemerintahannya. Ia singgah di lereng sebuah bukit yang kemudian diberi nama The Last Sigh Of The Moors (atau dikenali juga sebagai Puerto del Suspiro del Moro [Pass of the Moor's Sigh]) lalu menangis.
Ibunya yang marah dengan sikap beralahnya lalu menyindir: "Kau menangis seperti perempuan kerana tidak mempertahankan sesuatu seperti seorang lelaki."
Boabdil mati dalam satu pertempuran lain di Afrika Utara. Mengenai dirinya dikatakan: Beliau mati dalam satu perjuangan lain, tetapi takut mati dalam perjuangan diri sendiri.
sumber: Artikel Menilai nasib umat Islam oleh Tan Sri Mazlan Nordin, Utusan Malaysia 3 Mei 2009
No comments:
Post a Comment