Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, February 10, 2014

Buasir


Buasir berlaku apabila terdapat sebarang tekanan yang berterusan di dalam pembuluh darah di bahagian bawah rektum.

Punca-punca tekanan berlaku adalah:
  • Pesakit mengalami sembelit dan regangan yang berlaku sewaktu sembelit.  Gejala ini boleh berlaku akibat tumor di bahagian rektum.
  • Pesakit mengalami cirit-birit dan pengeluaran najis cair secara berterusan.  Sebagai contoh sewaktu mengalami keracunan makanan yang menyebabkan cirit-birit selama beberapa hari.
  • Pesakit berada dalam keadaan duduk atau berdiri dalam jangka masa yang lama.  Contohnya, penunggang motosikal jarak jauh, pemandu teksi, lori dan bas, pekerja pejabat dan mereka yang berdiri lama dalam pekerjaan seharian.
  • Pesakit yang mengalami obesiti.
  • Pesakit terpaksa mengangkat objek yang berat.
  • Pesakit yang mengandung dan melahirkan anak. 

Pencegahan:
  • Makan makanan berserat tinggi.  Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin di dalam diet pemakanan kerana ia membantu melembutkan najis serta meningkatkan saiznya sekali gus akan mengurangkan kebarangkalian pesakit meneran yang akan mengakibatkan buasir.
  • Minum air yang banyak.  Jumlah air yang patut anda minum setiap hari berbeza dan bergantung kepada faktor umur, jantina, kesihatan, tahap aktiviti dan faktor-faktor lain
  • Ambil makanan tambahan yang berserat kerana akan membantu anda membuang najis yang lembut dan secara lebih kerap.  Rujuk kepada doktor anda tentang penggunaan ubat yang boleh melembutkan najis.
  • Jika mengambil makanan tambahan berserat, pastikan minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air setiap hari.  Jika tidak akan mengakibatkan sembelit atau menjadikan buasir lebih teruk.  Tambahkan pengambilan serat tambahan ke dalam diet secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang masalah dengan gas (angin).
  • Melakukan aktiviti fizikal.  Aktifkan diri anda dengan mengurangakan tekanan pada vena (pembuluh darah), yang akan terjadi apabila anda berdiri atau duduk terlalu lama.  Selain mengelakkan sembelit, dengan melakukan latihan, anda juga boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Elakkan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.  Jika anda terpaksa duduk untuk jangka masa yang lama, jangan gunakan kusyen donut sebagai alas kerusi anda.  Ia hanya akan meningkatkan tekanan pada vena di dalam anus.
  • Elakkan meneran.  Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar akan meningkatkan tekanan yang kuat dalam vena di bahagian bawah rektum.
  • Jika terasa ingin membuang air besar, lakukan dengan segera.  Jika ditahan, najis anda akan menjadi kering dan lebih sukar untuk dibuang.

Utusan Malaysia

No comments: