Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 27, 2013

Superbug


Pengambilan ubat antibiotik secara tidak betul bakal meningkatkan kes Antimicrobial Resistance (AMR) atau kebal terhadap ubat antibiotik dan sekali gus membentuk bakteria Superbug dalam tubuh.

Terdapat pesakit yang mengambil antibiotik secara salah seperti menggunakan bahan itu tanpa mendapat rujukan doktor atau tidak menghabiskan antibiotik yang dibekalkan mengikut masa yang ditetapkan.

Pada tahun 2010, dunia digemparkan dengan penularan bakteria Superbug New Delhi Metallo-Lactamase-1 (gen NDM-1) dari India yang mampu menghasilkan enzim untuk menentang antibiotik.

Malaysia juga pernah mencatatkan beberapa kes Superbug dari spesies Escherichia coli (E. coli) dan Klebsiella pneumoniae dengan ketahanan terhadap carbapenem tetapi ia cuma merangkumi kes jangkitan yang kecil.

Superbug turut dikenali sebagai Methicillin Resistant Staphylococcus Aureus dengan gen terbaharu dikesan dari India yang dikenali sebagai New Delhi Metallo-Lactamase-1 (NDM-1).

Superbug menumpang bakteria lain seperti E. coli Salmonella dan Campylobacter untuk membentuk daya tahan aktif terhadap sebarang ubat antibiotik.

Haiwan seperti anjing dan kucing juga boleh dijangkiti bakteria bahaya ini.

Kawasan berisiko ialah hospital, sekolah, berek tentera, penjara dan tempat atlet berkumpul.


Bagaimana jangkitan Superbug merebak?

Jangkitan Superbug boleh berlaku menerusi sentuhan dan air liur.

Tanda-tanda jangkitan boleh dikesan apabila terdapat kesan seakan-akan gigitan labah-labah di kulit atau jerawat yang kemudiannya membengkak.

Ia disusuli dengan selsema, demam dan berpeluh dengan teruk.

Jika dibiarkan, ia menyerang tulang, sendi, saluran kencing, saluran darah, jantung dan hati dan akhirnya mengakibatkan kematian.


Simptom diserang Superbug

Cirit-birit, muntah, demam, batuk, sakit kepala, sesak nafas dan keletihan.

Tekanan darah rendah, ruam-ruam kulit, kegagalan deria bau dan kejang di bahagian abdomen dan dada.

sumber: Kosmo! 17 Oktober 2012.

No comments: