Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 16, 2013

Amalan diet terbaik


Menurut Indra Balaratnam, seorang Pakar Perunding Pemakanan dan Dietik, hanya 30 peratus rakyat Malaysia bersenam manakala 70 peratus mengamalkan diet tidak sihat dan kurang mengambil buah serta sayur.

Menurut beliau lagi, kesihatan baik adalah gabungan amalan gaya hidup sihat yang bebas dengan tidak mengamalkan tabiat merokok, alkohol dan menelan sebarang ubat-ubatan.

Senaman juga perlu dilakukan untuk menguatkan jantung, paru-paru dan otot.

Selain itu, perlu juga makan makanan seimbang supaya dapat mengekalkan berat badan agar tidak terlalu gemuk atau kurus, cukup rehat dan tidur serta tahu menguruskan tekanan.

Beberapa diet yang kaya dengan makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh dapat membantu mencegah penyakit serta masalah kesihatan.

Obesiti bersangkut-paut dengan penyakit lain seperti kemandulan, kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit sendi dan penyakit jantung.

Ubat terbaik memerangi obesiti ialah memastikan makanan yang kita makan rendah lemak, diet serat seimbang dan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten.

Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat baik kerana semula jadi rendah kalori, lemak dan penyumbang terbesar serat dalam diet, sekaligus membantu individu berasa kenyang tanpa makan terlalu banyak.

Memerah jus campuran buah-buahan dan sayur-sayuran adalah cara baik menurunkan berat badan tanpa perlu makan hidangan penuh.

Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tembikai, tomato, buah-buahan sitrus dan nanas kerana mengandungi air yang tinggi.

sumber: Artikel Amalan diet terbaik tulisan Nor Affizar Ibrahim, Berita Harian 11 Oktober 2012.

No comments: