Autisme merupakan kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatri.
Ciri-ciri biasa autisme termasuk masalah dengan perhubungan sosial, komunikasi emosi dan pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun.
Penghidap autisme mempunyai pelbagai keupayaan intelek. Selalunya, mereka boleh menunjukkan kebolehan luar biasa dalam kemahiran matematik, mekanikal, muzik, menghafal dan sebagainya.
-Kosmo!
No comments:
Post a Comment