Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 8, 2013

Cabaran bapa muda

Kebanyakan lelaki hari ini mengambil mudah soal pembentukan keluarga. Perkahwinan yang kemudiannya diserikan dengan kehadiran zuriat menuntut lelaki menyiapkan diri secukupnya.

Fenomena lelaki bergelar bapa muda kembali popular. Namun, ramai tidak mengetahui cara-cara adaptasi dengan kehidupan baharu itu. Selain penyediaan suasana yang baik, komunikasi bersemuka juga perlu dikuasai.

Menurut pensyarah bahagian matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Nilai, Negeri Sembilan, Isfadiah Mohd. Dasuki, perkembangan perhubungan teknologi hari ini telah menyekat hubungan semula jadi antara bapa dan anak.

"Bapa muda perlu tahu kepentingan teknologi dan bijak menyalurkan kemudahan itu ke dalam bentuk komunikasi bersama anak-anak. Tetapi harus diingat, hubungan menerusi sentuhan, percakapan dan interaksi juga penting.

"Untuk menjadi bapa yang baik, seseorang itu perlu menguasai tiga ilmu iaitu agama, keibubapaan dan sains dan teknologi. Ketiga-tiga ini perlu seimbang kerana ia bergantung antara satu sama lain," jelas Isfadiah yang juga seorang tenaga pengajar untuk program realiti TV Solehah terbitan TV AlHijrah.

-Kosmo!

No comments: