Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, February 10, 2012

Kuasa pengaruh keyakinan diri


Penyelidik dari Universiti Washington, St. Louis, Michelle Duguid dan Jack Goncalo dari Universiti Cornell, New York menjalankan tiga buah eksperimen ke atas sekumpulan sukarelawan mengenai persepsi ketinggian.

Mereka menemui hubung kait antara perasaan berkuasa individu dengan persepsi ketinggian malah, kajian tersebut turut mencadangkan idea bahawa pihak majikan lebih gemar meletakkan seseorang yang rendah dalam jawatan penting untuk mengekalkan rasa dominan.

Tulisan mengenai hasil kajian mereka menjelaskan pengalaman berkuasa secara psikologikal menyebabkan individu berasa lebih tinggi berbanding kedudukan sebenar.

Dalam kajian tersebut, dua orang sukarelawan diberi peranan berbeza iaitu pengurus dan pekerja biasa. Kemudian mereka diberi borang kaji selidik dan permainan video yang memerlukan mereka memilih avatar.

Hasil daripada ujian yang dijalankan memberi jawapan yang mirip iaitu individu dengan peranan majikan memilih angka dan avatar yang lebih tinggi.

"Mereka benar-benar menganggap diri mereka lebih tinggi ketika menjawat jawatan besar," ujar kedua-dua penyelidik itu.

sumber: Kosmo!

No comments: