Silat gayong diasaskan oleh Mahaguru Datuk Meor Abdul Rahman Uda Mohd. Hashim (gambar) yang berketurunan Bugis. Beliau dilahirkan pada tahun 1915.
Beliau merupakan cicit kepada Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan panggilan Panglima Hitam.
Silat gayong mengandungi pelajaran sepak-menyepak, tumbuk-menumbuk, tikam-menikam, tangkap-menangkap, hempas-menghempas, buang-membuang, sekat-menyekat, elak-mengelak, hadang-menghadang, tangkis-menangkis dan banyak lagi.
Belajar silat bukan perkara yang mudah. Untuk mahir dalam gerak langkah yang pelbagai memerlukan tumpuan dan fokus di samping disiplin yang tinggi.
sumber: Kosmo!, silatgayong.org
No comments:
Post a Comment