Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, February 9, 2012

Bekam


Bekam merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksik) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.

Terdapat dua jenis bekam iaitu bekam ngin (kering) dan bekam darah (basah).

Bekam angin adalah tanpa pengeluaran darah kotor tetapi angin dan air sahaja.

Bekam darah melibatkan torehan yang menyebabkan darah kotor, air dan angin keluar dari permukaan kulit.

Antara penyakit yang didakwa boleh dirawat seperti migrain, sakit kepala, darah tinggi, gout, alergi, kencing manis, sakit badan dan sakit saraf.

Berbekam adalah digalakkan di dalam agama Islam berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

"Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay" - (Hadis Sahih Al-Bukhari)

Baru-baru ini seorang Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi menasihatkan agar mereka yang mendapatkan rawatan berbekam supaya berhati-hati.

Katanya, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya. Ia berikutan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.

sumber: Kosmo!

No comments: