Pengikut dan Ex-smgrian
Friday, January 6, 2012
Langsing dengan kacang
Kajian oleh Universiti Barcelona di Sepanyol mendapati seseorang akan menjadi lebih kurus jika dia makan segenggam kacang setiap hari.
Hal tersebut sebenarnya dapat mengelakkan rasa lapar selain boleh mengikis lemak daripada perut.
Pengkaji berkata, kacang mengurangkan kadar serotonin iaitu sejenis hormon yang mampu menurunkan nafsu makan dan meningkatkan kesihatan jantung.
Penemuan yang disiarkan dalam Journal of Proteome Research itu mengesyorkan agar pengguna mengambil kira-kira 30 gram kacang canary, almond atau hazelnut setiap hari untuk memperoleh keberkesanannya.
"Peningkatan proses perkumuhan metabolik serotonin pertama kalinya ditemui berkait dengan kacang," kata ketua penyelidik, Cristina Andris-Lacueva.
sumber: Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment