Pengkaji dari Universiti Duke, Amerika Syarikat percaya terdapat beberapa jenis makanan seperti daging dan minuman berkafein yang membuatkan seseorang lebih ingin merokok.
Tetapi produk tenusu dan sayuran segar sebenarnya menjadi sebab kepada perubahan rasa rokok menjadi tidak sedap.
Susu dan produk tenusu lain akan membuatkan rasa rokok menjadi sangat pahit. Ramai perokok yang menyatakan mereka tidak puas merokok setelah meminum segelas susu.
Selain itu, buah-buahan juga mampu membantu menggalakkan seseorang untuk berhenti merokok. Ketika merokok, seseorang akan kehilangan vitamin C daripada tubuh kerana ia telah ditukar menjadi elemen lain oleh nikotin.
Beberapa jenis buah-buahan seperti lemon, kismis hitam dan delima merupakan makanan terbaik untuk mereka yang ingin menyingkirkan kebergantungan kepada nikotin.
Daun saderi, lobak merah dan mentimun juga mempengaruhi rasa rokok. Jika mengambilnya dalam kuantiti yang lebih banyak, pasti rasa rokok akan berubah.
Tetapi perlu diingat bahawa memakan banyak sayuran manis tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan glukosanya yang berlebihan.
sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment