Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, January 10, 2012
Pornografi rosakkan libido lelaki
Ini adalah satu peringatan buat lelaki muda yang gemar menonton filem lucah. Satu kajian mendapati mereka yang gemar melakukan aktiviti tersebut bakal menghadapi masalah mendapat keghairahan seksual pada masa depan.
Kajian yang disiarkan dalam Italian Society of Andrology and Sexual Medicine itu menunjukkan lelaki yang gemar menonton video lucah seawal usia 14 tahun akan mengalami masalah seksual pada usia 20-an.
Kajian itu dibuat ke atas 28,000 responden yang cenderung melayari laman web lucah pada setiap hari sekali gus mengenal pasti masalah penurunan ghairah seksual bahkan ketidakmampuan ereksi mereka.
Penyelidik melabelkan masalah itu sebagai peyakit aneroksia seks.
"Masalah ini disebut sebagai proses adiksi. Perilaku seperti pornografi, makan atau berjudi akan melepaskan hormon dopamin dan ia mengakibatkan ketagihan," ujar pengkaji David Smith.
Jelas Smith, pesakit akan menghadapi masalah ketika berasmara dalam keadaan lampu dipadamkan. Pesakit gagal mendapatkan stimulasi visual sehingga tidak boleh melakukan hubungan kelamin.
sumber: Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment