- Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
- Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
- Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
- Hargai pendapat satu sama lain.
- Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
- Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah kawan anda.
- Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan, sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
- Belajar daripada pengalaman satu sama lain.
- Jangan mengata atau mengumpat kawan anda.
- Pilih kata-kata anda dengan bijaksana sebelum bercakap dengan kawan anda kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
Pengikut dan Ex-smgrian
Saturday, November 12, 2011
10 kunci kepada persahabatan yang baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment