Pengikut dan Ex-smgrian

Saturday, November 12, 2011

Bagaimana menambahkan harga diri?

Harga diri (self esteem) merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya sebagai positif atau negatif. Dalam kata lain, ia bermakna bagaimana anda memandang diri anda.

Jika anda berfikir anda adalah seorang yang bijak, rajin, gembira, yakin, berkebolehan dan boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa apa-apa hambatan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai imej diri yang sihat atau positif iaitu anda adalah seorang insan yang mempunyai harga diri yang tinggi.

Pandangan serta tanggapan kita mengenai diri kita mempunyai kesan yang amat kuat terhadap cara kita memperlakukan diri kita sendiri dan orang lain juga pilihan yang kita buat.

Berikut ialah sedikit petua untuk mempertingkatkan harga diri kita:
  • Habiskan sedikit masa dengan orang yang menyukai dan menyayangi anda.
  • Setiap hari buat satu pernyataan mengenai diri anda.  Sebagai contoh, "saya adalah seorang yang  mudah disayangi dan penyayang" merupakan satu mesej yang boleh memajukan satu imej diri yang positif dan sihat.
  • Ucapan terima kasih kepada seseorang.  Puji seseorang tanpa apa-apa sekatan jika diberi bantuan atau kerjasama.  Ini akan menambahkan harga diri anda apabila anda menyedari orang lain menghargai rasa terhutang budi anda.  
  • Tolak sama sekali mesej negatif dan pilih mesej positif sahaja.
  • Tolong orang yang memerlukan bantuan untuk menyiapkan sesuatu projek atau kerja; lawati orang yang uzur di hospital atau mengajar kanak-kanak pada masa lapang.  Jika anda merasa gembira apabila anda menunjukkan tingkah laku yang positif, perasaan ini boleh menambahkan imej diri anda.
  • Melahirkan pandangan serta perasaan anda tanpa ketakutan.  Menyatakan dengan tegas hak anda untuk membuat keputusan sendiri menunjukkan anda menganggap anda sebagai seorang yang penting.  Sifat pendesak merupakan sebahagian penting daripada imej diri yang positif.  Komunikasi seperti ini adalah diperlukan untuk meminta sahabat, keluarga dan orang lain bekerjasama dan memberi sokongan untuk membuat sesuatu.
  • Libatkan diri dalam program senaman harian.  Ini boleh menambah baikkan kesihatan anda.
  • Beri perhatian kepada rupa diri anda.  Pakai baju yang kemas dan bersih setiap hari.  Kelihatan kemas akan membolehkan anda merasa yakin dan gembira.
  • Hiraukan orang yang mengkritik atau membidas anda atau mereka yang menganiayai anda, mereka yang mempunyai harga diri yang rendah dan sikap negatif.
  • Libatkan diri dalam projek yang boleh menggembirakan hati anda mengikut keupayaan anda.
  • Buat pilihan hidup dengan sendiri dan jangan membiarkan orang lain yang membuatnya untuk anda.

No comments: