Biasanya pelukis dekoratif adalah merujuk kepada individu yang gemar menghias objek serta kediaman mereka dengan lukisan.
Gaya lukisan ini berbeza untuk sesebuah negara.
Jika di Jerman, seni ini dipanggil Bauernmalarei, di England (Boat Canal), Norway (Rosemaling) dan Rusia (Zhostovo).
Pada abad ke-19 iaitu pada revolusi perindustrian, seni ini kurang giat dilakukan ekoran barangan yang dikeluarkan secara besar-besaran lebih murah.
Namun, sejak kebelakangan ini, ia kembali mendapat perhatian.
Di Malaysia, seni dekoratif menjadi popular sejak tujuh tahun lalu.
Rata-rata mereka mengenali seni halus ini melalui kembara, buku atau melalui internet.
Gaya lukisan di Malaysia telah diadaptasikan kepada reka bentuk tempatan seperti tembikar nyonya, batik, songket, mengkuang, tempurung dan tempayan.
Untuk maklumat lanjut tentang seni dekoratif dan kelas, sila layari:
Blog Norana,
Blog Zaitun,
Blog Aniza.
Mereka juga menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Lukisan Dekoratif: Kagumkan Diri Anda Dengan Projek Menawan yang dijual pada harga RM31.
sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment