Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, July 4, 2011
Stesen Bukit Timah
Stesen Bukit Timah mula dibina antara tahun 1900 - 1902 di bawah selenggara Pengurus Besar Federated Malays States Railway (FMSR), C.E. Spooner.
Stesen ini pada asalnya di bawah pentadbiran The Singapore Government Railway dan FMSR sebelum diambil alih oleh KTMB.
Operasi Stesen Bukit Timah bermula pada 1 Januari 1903 dari Singapura - Stesen Bukit Timah dan Bukit Timah - Woodlands pada 10 April 1903.
Pada 21 Januari 1907, stesen ini mengambil penumpang apabila beberapa stesen lain seperti di Pasir Panjang, Borneo Wharf, Tank Road, Newton, Bukit Panjang dan Holland Road diwujudkan.
Selepas pembinaan Stesen Tanjong Pagar pada tahun 1932, perjalanan Bukit Timah - Tanjong Pagar bermula secara rasmi pada 3 Mei 1932.
Fungsi Stesen Bukit Timah membawa dan menurunkan penumpang ke kawasan luar bandar Singapura bertukar.
Selepas 2 Mei 1932, ia menjadi lokasi perselisihan tren dan mengawal laluan menerusi semboyan dan lampu isyarat.
Stesen ini dilengkapi radar dan masih terpapar papan tanda Hak Milik Kerajaan Malaya di ruang menunggu bangunan.
Stesen Bukit Timah berhenti beroperasi dan ditutup pada 1 Julai 2011.
sumber: Buku Singapore Railway History, Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjU0DRJkW8JicYU1Nll6yDNaAN3n_UXdLi_NXW3vpRWGz1RH6cwBB7HPig8YLODbLhfMQ0FNauPFnGpHeYvmXURye0GkDTrKXpH2082OBO7ETPDnKZRX8mW-52eZCA1hNlAjy_tcMRxdczR/s760/Disclaimer.jpg)
No comments:
Post a Comment