Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, June 27, 2011

Pokok Ketum


Pokok Ketum dikenali juga sebagai pokok Biak atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Kratom, adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta selatan Thailand.

Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Daunnya boleh direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga selain bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.

Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana air rebusannya dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin yang membahayakan pengguna.

sumber: wikipedia, Kosmo!

No comments: