Begitu juga dalam hal ibadah yang merupakan tanggungjawab berupa fardu ain kerana setiap ahli keluarga wajib diajar dalam hal solat dan perkara-perkara berkaitan hukum.
Ingatlah solat itu merupakan talian hayat kita dengan Allah.
Dalam al-Quran banyak ayat yang menerangkan azab bagi orang yang meninggalkan solat. Antaranya firman Allah dalam surah Al-Ma'un ayat 4 - 5 yang bermaksud:
"(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang- orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyang".
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Siapa yang meninggalkan solat maka seumpama telah binasa keluarga dan hartanya". - Hadith Riwayat Ahmad.
Solat itu tanda ketaatan kita sebagai hamba kepada Allah. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan solat".
Sehubungan itu, seorang anak wajib menasihati dan mengingatkan ahli keluarga kita supaya taat akan kewajipan solat.
Berikan ingatan akibat meninggalkan solat dengan perbanyakkan amalan soleh sebelum nyawa terpisah daripada jasad.
Harta dan kesenangan dunia akan ditinggalkan. Menghadap Allah dalam keadaan papa kedana dengan pahala tetapi kaya dengan dosa dan maksiat mengundang murka dan azab yang tidak terperi sakitnya.
Dicuplik dari ruangan Soal Jawab Agama bersama JAKIM yang disiarkan di akhbar Kosmo!
No comments:
Post a Comment