9 ASAS PENGHARAMAN TARIAN POCO-POCO MENURUT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK
1. Berdasarkan dalil al-Quran, surah Al-An'am ayat 153: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain) itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa".
2. Berdasarkan dalil al-Quran, surah Al-Isra' ayat 36: "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".
3. Berdasarkan dalil hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Sa'id Al Khudri: "Sesungguhnya Nabi bersabda: "Kamu akan benar-benar mengikut sunnah-sunnah (jalan hidup) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob sekalipun nescaya kamu mengikutinya".
4. Nabi Muhammad SAW memperingatkan sekalian orang yang beriman agar sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan, tindakan dan perlakuan yang menyerupai orang kafir.
5. Penjagaan aqidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan mereka. Justeru itu, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.
6. Walaupun pelbagai nama, panggilan atau sebagainya diberi kepada tarian dan senaman poco-poco dengan penjenamaan yang lain, walhal pada hakikatnya ia sebenarnya tarian dan senaman poco-poco itu sendiri, maka ia tetap diharamkan.
7. Pengharaman berasaskan kaedah Saddu al-Dzarai'e iaitu menegah melakukan perkara yang harus kerana bimbang perkara itu membawa kepada perkara yang haram. Pada umumnya tarian dan senaman tersebut dilaksanakan bercampur lelaki dan wanita yang bukan mahram, tidak menutup aurat seperti mana yang ditetapkan menurut Syarak dan dibuat di tempat terbuka.
8. Pengharaman berlandaskan alasan Ihtiati (teliti dan cermat).
9. Adalah lebih menyelamatkan keadaan sekiranya kita menggunakan tarian atau senaman yang jelas cocok dengan agama, budaya dan warisan bangsa kita sendiri daripada meniru sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan kecelaruan.
Sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment