Sudan adalah sebuah negara yang terbesar di Afrika iaitu berkeluasan 2.5 juta kilometer persegi.
Ia lebih luas daripada keluasan gabungan negara Perancis, Jerman, Poland, Sepnyol, Itali, Greece dan Britain.
Sudan termasuk dalam senarai 7 negara yang menaja keganasan.
Sudan Utara mempunyai populasi seramai 40 juta orang.
Sudan Selatan mempunyai seramai 8 juta penduduk dan keluasan 700,000 kilometer persegi dan merupakan 28 peratus daripada jumlah keseluruhan negara Sudan.
Buat sementara waktu, Presiden Sudan Selatan ialah Salva Kiir dan Naib Presiden, Riek Machar.
Matawang yang digunakan ialah Sudanese Pound (SDG). Sudan mendapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1956.
Semasa proses ferefendum, lebih 3,000 aktivis tempatan dan luar negara hadir termasuk pelakon George Clooney, bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, bekas setiausaha PBB, Kofi Annan dan ramai lagi.
Eropah menghantar seramai 104 pemerhati termasuk China, Libya, Malaysia dan Indonesia.
Ulama tersohor, Yusuf Qardawi pernah mengeluarkan fatwa haram mengundi untuk berpisah di antara selatan Sudan dan utara Sudan.
Sudan Utara dihuni oleh penduduk berketurunan Arab yang beragama Islam manakala Sudan Selatan dihuni oleh majoriti penduduk Kristian yang masih berpaksikan fahaman animisme.
Pecahan etnik di Sudan terbahagi kepada 52 peratus berkulit hitam, 39 peratus Arab, enam peratus Beja sementara bakinya adalah orang luar.
Konflik di antara Sudan Utara dan Selatan, ideologi dan perbezaan etnik menyebabkan Sudan sentiasa dilanda perang saudara.
PERANG SAUDARA DI SUDAN
Perang Saudara Sudan yang pertama meletus pada 1955 dan berakhir pada 1972.
11 tahun kemudian, Perang Saudara Sudan Kedua pula meletus iaitu pada tahun 1983.
Apabila Presiden Sudan, Jaafar Muhammad an-Nimeiri menggariskan Piagam Sudan, ia telah menjadi punca kepada peperangan.
Piagam Sudan berteraskan landasan Islam 100 peratus dan mengetepikan hak bukan Islam menyebabkan penduduk Sudan Selatan yang majoritinya beragama Kristian tidak berpuas hati.
Pada tahun 2005, satu perjanjian telah dimeterai di Nairobi, Kenya.
Perjanjian ini dipanggil Perjanjian Naivasya dan ia berteraskan kepada dua perkara:
- Menentukan pemisahan antara Sudan Utara dan Sudan Selatan.
- Menentukan wilayah yang akan menguasai kawasan Abyei yang kaya dengan sumber minyak.
Setelah perang saudara hampir reda, konflik Darfur pula terjadi.
KONFLIK DARFUR
Konflik Darfur ialah pergaduhan antara penduduk Islam berlainan etnik dengan penduduk berketurunan Arab.
Pada mulanya ia hanya perebutan sumber asli di kalangan puak-puak yang terlibat namun melarat menjadi isu politik.
Pada tahun 2003, sebuah kumpulan militan Arab Badwi bernama Janjaweed atau dikenali juga sebagai Tentera Mahdi muncul.
Kumpulan militan ini dikatakan mendapat sokongan penuh daripada Omar al-Bashir yang menentang Sudan People's Liberation Army (SPLA).
Namun, ada pendapat yang mengatakan dalang sebenar untuk konflik ini ialah Israel dan Amerika Syarikat.
KESAN-KESAN AKIBAT PEPERANGAN DI SUDAN
Peperangan di Sudan telah mendatangkan kesan yang buruk terhadap ekonomi dan pendidikan di Sudan.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 40 peratus rakyat Sudan hidup dalam kedaifan.
18 peratus daripada rakyat Sudan menganggur dan hanya 15 peratus daripada penduduknya yang boleh membaca manakala 2 peratus sahaja yang menamatkan pengajian di sekolah rendah.
PBB juga melaporkan lebih 300,000 rakyat Sudan terkorban akibat peperangan ini sementara 2.7 juta penduduk Sudan hilang tempat tinggal.
2.5 juta penduduk Sudan juga menjadi pelarian manakala 4 juta penduduk diancam kebuluran dan penyakit sementara 200,000 nyawa melayang akibat daripada Konflik Darfur pula.
Setaiusaha Agung PBB, Ban Ki Moon berkata, PBB telah menanggung kos sebanyak ASD 2 bilion (RM 6.2 bilion) bagi operasi pertama pasukan pengaman.
Satu kajian menunjukkan jika persengketaan masih berlanjutan sehingga 10 tahun lagi, Sudan diramal akan mengalami kerugian lebih RM 300 bilion.
Pada 7 Februari 2011, satu referendum telah diserahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Referendum Sudan Selatan, Mohammed Ibrahim Khalil kepada Omar al-Bashir di Khartoum, ibu negara Sudan.
Turut hadir pada majlis penyerahan referendum itu ialah pemimpin Sudan Selatan, Salva Kiir.
Dengan penyerahan referendum ini maka negara Sudan terbahagi kepada dua iaitu Sudan Utara dan Sudan Selatan.
Sudan Selatan akan mendapat kemerdekaan sepenuhnya pada 9 Julai 2011.
Sekiranya negara Taiwan yang masih belum mendapat pengiktirafan PBB, maka Sudan Selatan akan menjadi negara yang ke-196 di peta dunia.
Kemerdekaan Sudan Selatan telah pun diiktiraf secara rasmi oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Sumber asal: Rencana Sudan Pecah Dua oleh Mazlina Abdul Majid, Kosmo! 11 Januari 2011.
No comments:
Post a Comment