Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 5, 2011

Virus kanser servik mudah merebak melalui wanita yang bermadu

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

Suntikan vaksin Human Papillomavirus (HPV) adalah salah satu ikhtiar untuk mencegah dari terkena jangkitan  kenser serviks.

Seorang Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Terengganu iaitu Dr. Suhazeli Abdullah meminta mereka yang berpoligami agar berhati-hati kerana isteri yang dimadukan terdedah dengan bahaya dijangkiti kanser serviks.

Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika menyampaikan syarahan berjudul Penyakit Membunuh Senyap anjuran Universiti Malaysia Terengganu pada 14 Februari 2011.

Beliau menasihatkan para suami agar membersihkan alat kelamin mereka sebelum bersama dengan isteri untuk mengelak jangkitan virus.

Beliau juga berkata setiap wanita perlu mendapatkan suntikan vaksin Human Papiloma Virus (HPV) untuk memastikan tidak terkena jangkitan virus kanser serviks.

Golongan ibu bapa juga dinasihatkan untuk memastikan anak perempuan mereka menjalani pemeriksaan awal kanser serviks dan mendapatkan suntikan HPV untuk mencegah jangkitan penyakit itu.

Sumber asal: Kosmo!

No comments: