Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
APA ITU TEKANAN DARAH TINGGI?
Tekanan Darah Tinggi adalah suatu keadaan kesihatan di mana bacaan atau ukuran tekanan pada pembuluh arteri kita berada di paras yang tinggi. Bacaan atau ukuran tekanan darah dibuat semasa jantung berdenyut (sistolik) dan semasa jantung berehat di antara denyutan (diastolik). Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi untuk suatu jangka masa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.
MENGAPA KEADAAN INI BERLAKU?
Ada beberapa sebab dan kemungkinan mengapa kita menghidap Tekanan Darah Tinggi:
- Berat badan berlebihan atau obes.
- Tidak aktif secara fizikal (tidak bersenam).
- Tidak mengawal atau mengurus stres.
- Pemakanan tidak sihat (tidak seimbang).
- Umur yang semakin meningkat.
- Kesan sampingan ubat-ubat tertentu.
- Sejarah keluarga (ibu / bapa / adik-beradik) mempunyai Tekanan Darah Tinggi.
- Pernah menghidap Tekanan Darah Tinggi semasa hamil.
- Tabiat merokok dan minum arak berlebihan
- Sejarah penyakit seperti Diabetes, Penyakit Buah Pinggang Kronik dan Tiroid.
APAKAH TANDA-TANDA TEKANAN DARAH TINGGI?
Kebiasaannya Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada kita menghidap Tekanan Darah Tinggi adalah dengan memeriksa tekanan darah secara berkala.
APAKAH KOMPLIKASI TEKANAN DARAH TINGGI?
Komplikasi berlaku apabila Tekanan Darah Tinggi tidak dikawal untuk jangka masa yang panjang seperti:
- Serangan jantung
- Penyakit jantung koronari
- Strok (angin ahmar)
- Kegagalan fungsi buah pinggang
- Pengkerasan arteri (atherosclerosis)
- Kerosakan mata
BAGAIMANA MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI?
- Melalui pengambilan ubat secara betul
- Melalui pemakanan yang sihat dan seimbang
- Melalui pengurusan stres
- Melalui senaman harian
- Melalui pemeriksaan tekanan darah sendiri
- Melalui amalan sihat (tidak merokok/minum arak)
Dapatkan sokongan tentang bagaimana mengawal Tekanan Darah Tinggi daripada Unit Pendidikan Kesihatan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan semangat untuk mengawal komplikasi serta pengamalan Cara Hidup Sihat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tekanan Darah Tinggi, layari www.infosihat.gov.my.
No comments:
Post a Comment