Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 27, 2011

Panduan untuk bersenam


Bersenam ialah aktiviti riadah yang bagus untuk kesihatan dan juga boleh mengurangkan tekanan perasaan atau stress akibat kerja dan sebagainya. Namun bersenam juga boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini seperti kecederaan kepada fizikal. Berikut disertakan beberapa tip yang boleh diamalkan ketika bersenam.

  • JANGAN bersenam jika tidak sihat, sakit kaki, sendi, dada atau sakit kepala.
  • JANGAN bersenam dalam masa dua jam selepas makan.
  • JANGAN bersenam ketika cuaca sangat panas, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tinggi seperti jerebu.
  • JANGAN mandi air suam selepas bersenam kerana ia akan mengganggu sistem badan. Adalah disarankan supaya menunggu sehingga badan merasa sejuk dan peluh di badan kering. Sebaik-baiknya mandilah dengan air biasa.
  • JANGAN bersenam di jalan raya yang sesak dengan kenderaan.
  • JANGAN tahan nafas ketika bersenam lebih-lebih lagi jika anda mengandung.
  • SENTIASA pastikan anda berhenti dengan segera jika merasa semput dan sakit dada ketika bersenam.
  • SENTIASA pastikan bahawa anda bersenam setelah memanaskan badan dan sejukkannya selepas habis bersenam.
  • SENTIASA pakai pakaian yang sesuai dan selesa.
  • Jika berjoging di waktu malam, pakailah alat pemantul cahaya pada baju.

sumber: Utusan Malaysia

No comments: