Pengikut dan Ex-smgrian
Wednesday, April 27, 2011
Kuku
Uniknya, kuku juga bukanlah tisu yang hidup, dan tidak akan berdarah apabila berlakunya kecederaan, seperti terkena pisau semasa menyediakan makanan.
Melalui kuku juga kita dapat mengetahui status kesihatan diri seseorang sama ada dia kekurangan zat besi atau kalsium.
Bagaimanapun, kuku juga mudah dijangkiti seperti penyakit paronychia berdasarkan aduan daripada mereka yang sering merendam tangan dalam air.
Oleh itu kuku tangan dan kaki lebih kelihatan menarik sekiranya anda mengamalkan diet seimbang dengan penjagaan kuku yang baik.
Ini kerana kuku perlu diberi perhatian yang lebih dengan menekankan aspek kebersihan kerana kuku sebagai tempat persembunyian kuman akan merebakkan penyakit.
Tahukah anda bagaimana kuku tumbuh?
Setiap kuku diperbuat daripada protein yang keras dari sejenis bahan yang dikenali sebagai keratin. Bahagian kuku yang dapat dilihat dengan mata kasar ialah badan kuku dan ia dapat dibentuk.
Bagaimanapun bentuk kuku ini, berdasarkan kepada faktor genetik. Bahagian bawah kuku pula yang ditanam pada lurah kuku dikenali sebagai akarnya, manakala lapisan yang menindih akar ini dipanggil kutikel (eponychia).
Lapisan luar kulit yang menutup bahagian putih atau lunula didapati pada bahagian bawah kuku. Berbanding jari-jari yang lain ini, lebih jelas kelihatan pada ibu jari kerana untuk menutup bahagian bawah darah.
Manakala lapisan sel yang paling bawah di dalam kulit yang mengandungi lipatan kuku dikenali sebagai germinal matrix. Sel-sek matrix ini akan membahagi di mana bahagian atasnya tebal dan semakin mengeras dengan keratin.
Apabila sel-sel ini mati, ia akan menjadi sebahagian dari kuku. Bagaimanapun, sekiranya matrix ini rosak, keseluruhan kuku akan terjejas.
Secara purata, kuku akan tumbuh 0.5m ( 1/32 inci) dalam seminggu, bagaimanapun kadar sebenarnya bergantung kepada jari dan kaki individu terbabit.
Kajian terhadap pertumbuhan kuku menjadi perlahan sekiranya wujudnya ketidakseimbangan hormon akibat kekurangan zat galian, tekanan yang keterlaluan atau gangguan psikologi.
Penggunaan kuku
Oleh kerana kuku dikelilingi oleh tisu-tisu yang hidup dan di bawahnya dipenuhi dengan saraf, kuku secara tidak langsung terlibat dengan deria sentuh.
Kuku juga berfungsi sebagai pelindung dan penyokong tisu-tisu yang terdapat pada hujung jari dan kaki terutamanya apabila tangan dan kaki ditekan oleh permukaan yang kukuh.
Masalah yang di hadapi oleh kuku
Masalah utama yang dihadapi oleh kuku ialah apabila kulit di sekitar bawah kuku dijangkiti oleh bakteria. Jangkitan ini mungkin disebabkan oleh sedikit kecederaan dalam kuku atau pertumbuhan kuku yang tidak betul.
Jika kuku terkena jangkitan akut (tiba-tiba), ia disebabkan oleh sedikit cebisan kuku tumbuh di bahagian tepi telah masuk ke dalam kulit.
Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria yang memasuki kulit melalui luka yang dikenali sebagai paronychia dan ia dapat dibersihkan dengan antibiotik.
Sekiranya, terdapat nanah pada kulit atau kuku tersebut, ia perlu dikeluarkan melalui rawatan pembedahan kecil.
Selain dua jangkitan ini, jangkitan fungus menyebabkan berlakunya kurap. Jangkitan ini berlaku kerana tangan dibiarkan lembap pada jangka masa yang panjang.
Biasanya penggunting rambut, pekerja bar atau mereka yang bekerja di kawasan yang lembab berisiko tinggi mendapatnya.
Dipetik dari arkib Utusan Malaysia Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment