Sebuah firma kajian iaitu TNS telah menjalankan kajian terhadap penggunaan laman sosial oleh rakyat Malaysia.
Kajian tersebut mendapati purata jumlah rakan online yang dimiliki oleh seseorang di Malaysia adalah seramai 233 orang dan menghabiskan masa lebih kurang 9 jam setiap minggu untuk melayari laman sosial.
Sementara itu, banyak kajian psikologi dan neurologi mendapati bagaimana internet merosakkan minda dan melenyapkan daya pemikiran seseorang.
Menurut kajian itu mereka yang membaca teks dalam pautan membaca kurang daripada mereka yang membaca perkataan yang dicetak atas kertas.
Pengguna internet juga terus diganggu oleh e-mel, perkembangan terkini dan mesej lain yang memahami lebih kurang berbanding mereka mampu untuk memberikan tumpuan.
Mereka yang melakukan pelbagai tugas juga menjadi kurang kreatif dan produktif berbanding mereka yang melakukan satu perkara pada satu masa.
Mesej ringkas yang dikeluarkan oleh laman sosial juga memendekkan tempoh perhatian dan menukarkan penggunanya menjadi pemikir cetek dan kurang cerdik.
Menurut Nicholas Carr, pakar teknologi Amerika, internet dan semua yang berkaitan dengannya mampu mengubah minda kita.
Laman sosial seperti MySpace, Facebook, Friendster dan Twitter juga boleh menyebabkan ketagihan dan perubahan tingkah laku.
TANDA-TANDA KETAGIH LAMAN SOSIAL
- Berubah sikap, tabiat dan tingkah laku
- Perkara utama yang akan dibangunkan setelah bangun dari tidur adalah melayari internet dan laman sosial
- Lebih suka menyendiri daripada bercampur gaul dengan orang ramai.
- Laman sosial dijadikan medium meluahkan perasaan
- Rasa gelisah sekiranya tidak melayari internet dan laman sosial walaupun sehari
- Melayari laman sosial lebih dari tiga kali sehari
- Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari internet dan laman sosial
- Sentiasa terbayang laman sosial walaupun 'offline'
KESAN KETAGIHAN LAMAN SOSIAL
- Segala aktiviti dan tugasan akan terbengkalai
- Hidup semakin tidak berkualiti
- Keruntuhan institusi kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan
- Ibadah harian semakin tumpul dan hubungan dengan Tuhan semakin jauh (bagi umat Islam)
- Budaya kutuk-mengutuk dan fitnah semakin berleluasa
- Individu berubah menjadi semakin individualistik
- Ekonomi dan produktiviti negara juga semakin berkurang
Laman sosial juga menambah risiko data peribadi anda akan dicerobohi. Bagi mengelakkan pencerobohan, beberapa langkah keselamatan boleh diikuti.
LANGKAH KESELAMATAN DI LAMAN SOSIAL
- Hadkan bilangan data peribadi yang anda pos.
- Fikir dua kali sebelum poskan gambar.
- Jangan tambahkan orang yang tidak dikenali sebagai rakan anda.
- Gunakan tetapan privasi dan keselamatan di rangkaian sosial.
- Fikir dua kali sebelum klik pada pautan
3 comments:
yup....sa rasa sa pun ketagih ngan laman sosial...damn it...i hate it....
feel uncomfortableif i didnt surfing...
Hahaha....
Kalau boleh perkenalkan diri, inilah salah satu keburukan internet, banyak sgt strangers dan stalkers.
Salam, komentar yang menarik, cuma boleh tak dimasukkan sumber-sumber kajian tersebut agar saya dapat merujuk untuk kajian lanjut. Kerjasama saya dahului dengan berbanyak terima kasih.
Post a Comment