Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 21, 2011

Alat Sedut Dos Bermeter tanpa CFC lebih mesra alam


Chlorofluorocarbon atau CFC telah digunakan sebagai agen penggerak dalam Alat Sedut Dos Bermeter (Metered Dos Inhaler) untuk penghidap asma dan Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik (Chronic Pulmonary Obstructive Disease [COPD]).

CFC adalah selamat untuk manusia bagaimanapun CFC boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan ozon bumi.

Lapisan ozon melindungi bumi daripada bahagian-bahagian merbahaya sinaran matahari. Jika lapisan ozon rosak teruk, ia tidak akan dapat melindungi bumi daripada bahagian-bahagian merbahaya sinar matahari. Kerosakan pada lapisan ozon boleh menjurus kepada peningkatan orang ramai mendapat barah kulit dan katarak serta menyebabkan kesan bahaya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

CFC telah dikeluarkan daripada alat sedut penghidap asma dan digantikan dengan agen penggerak yang lebih mesra alam.

Alat sedut yang bebas CFC menggunakan hydrofluoroalkane (HFA) sebagai ganti kepada CFC. HFA kurang menjejaskan lapisan ozon.

Alat sedut bebas CFC mempunyai kesan yang sama seperti alat sedut yang sedia ada tetapi mungkin rasanya sedikit berbeza.

Terdapat alat sedut yang menggunakan serbuk kering yang mana tidak mempunyai CFC dan juga tidak merbahaya kepada lapisan ozon.


MENGAPA KITA PERLU MENUKAR ALAT SEDUT MENGGUNAKAN CFC?

Sejak CFC menjadi ancaman kepada lapisan ozon maka kita perlu menukarnya menjadi mesra alam.

Alat-alat sedut bebas CFC merupakan ikhtiar kita untuk melindungi lapisan ozon.


BAGAIMANA ALAT SEDUT YANG BARU BERFUNGSI?

Alat sedut bebas CFC mempunyai rasa yang sedikit berbeza dan kurang sejuk daripada alat sedut yang mempunyai CFC.

Bentuk alat sedut bebas CFC masih sama seperti alat sedut mengandungi CFC dan masih lagi boleh digunakan dengan kebanyakan alat-alat penjarak (spacer device).


APA YANG PESAKIT BOLEH LAKUKAN?

Jumpa doktor anda untuk mendapatkan alat sedut bebas CFC.

Dapatkan nasihat daripada doktor, ahli farmasi atau jururawat untuk memastikan anda tahu bagaimana menggunakan alat sedut anda dengan betul.

Berbincang dengan doktor anda jika anda mendapati kesan-kesan yang tidak diingini setelah menggunakan alat sedut bebas CFC anda.


PESANAN PENTING

Alat sedut terkini yang mengandungi agen penggerak CFC adalah selamat dan berkesan untuk penghidap asma dan Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik (COPD).

CFC mengurangkan lapisan ozon.

Agen penggerak baru, hydrofluoroalkane (HFA) adalah selamat dan boleh diterima.

Alat sedut bebas CFC baharu
  • masih mengandungi ubat-ubatan sama seperti dalam alat sedut menggunakan CFC yang lama, hanya agen penggeraknya sahaja yang berubah.
  • mungkin mempunyai rasa yang berbeza apabila menarik nafas.
  • mungkin akan mempunyai bentuk yang sama seperti alat sedut lama.
  • adalah berkesan dan selamat seperti alat sedut menggunakan CFC yang lama
  • akan lebih mesra alam sekitar.

Beberapa jenis alat sedut bebas CFC telah pun berada di pasaran.

Sekiranya anda mempunyai kesukaran dengan alat sedut anda yang baharu, bincangkannya dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Alat-alat sedut yang menggunakan serbuk kering tidak mengandungi CFC dan tidak menjejaskan alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut layari www.bpfk.gov.my

No comments: