Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, April 19, 2011
Mengelakkan alahan ketika bercuti
Alahan atau alergi boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja.
Alahan juga boleh berlaku ketika kita pergi bercuti.
Apabila berada di tempat baharu ataupun merasa makanan tempatan, seeloknya kita berhati-hati kerana sesuatu yang tidak diingini mungkin berlaku.
Sebaik-baiknya kita membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu tentang tempat yang ingin kita lawati.
Hubungi hotel yang anda bakal menginap dan tanyakan tentang beberapa perkara tentang hotel tersebut.
Adakah tingkapnya boleh dibuka untuk membenarkan udara masuk?
Adakah haiwan peliharaan dan merokok dibenarkan di dalam bilik?
Tanyakan juga tentang alat penyegar udara dan bahan pembersih yang digunakan di hotel tersebut kerana ini penting sekiranya anda mempunyai alahan terhadap bahan kimia.
Selidik juga sekiranya terdapat pusat rawatan yang berhampiran dengan hotel penginapan anda kerana ianya memudahkan anda apabila berlaku kejadian kecemasan.
Sentiasa membawa ubat-ubatan yang diperlukan dan surat pengesahan daripada doktor dalam beg pakaian anda.
Sekiranya anda menyewa kereta, pastikan kereta tersebut telah dibersihkan dan divakum sebelum anda menggunakannya kerana takut terdapat kulat dan habuk yang boleh menyebabkan alahan.
Seikiranya anda menaiki kapal terbang, beritahu petugas di dalam kapal terbang tersebut tentang makanan yang anda alah supaya anda tidak terkena alahan sepanjang perjalanan.
Apabila anda melakukan aktiviti di dalam hutan, pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang untuk mengelakkan gigitan serangga yang boleh menyebabkan alahan.
Dengan adanya persediaan dan perancangan yang betul ianya dapat membantu anda menikmati percutian dengan lebih menyeronokkan.
Sumber: Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment