Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 7, 2011

Jamak apabila keluar kawasan


Diharuskan solat jamak atau diqasarkan dengan tujuan perjalanan yang baik dan bukan untuk tujuan maksiat kerana mereka menanggung kesulitan seperti orang musafir.

Mengikut pendapat mazhab Syafie, harus jamak solat kerana musafir yang lama perjalanannya sama ada jamak takdim atau takhir. Perjalanan yang dibolehkan untuk melaksanakan rukhsah sejauh dua marhalah atau 90 kilometer.

Ia merupakan satu bentuk rukhsah (keringanan) kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah. Ini menunjukkan bahawa solat itu wajib dilaksanakan walau dalam apa jua keadaan sekalipun sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Solat itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya maka dia telah menegakkan agamanya kemudian sesiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agamanya". - Riwayat Al-Baihaqi.

Permulaan musafir seseorang itu dikira daripada waktu keluar dari sempadan tempat tinggal (kariah) sama ada sempadan itu berbentuk kota, parit atau sungai.

Sekiranya anda datang dari Permatang Pauh dan menaiki bas di Butterworth untuk ke Pahang, dan ketika tiba di Butterworth telah masuk waktu Zuhur, anda diharuskan melakukan solat jamak kerana telah keluar dari kawasan. Pastikan anda telah berada dalam perjalanan untuk bersolat jamak dengan niat yang baik. Allah amat menyayangi umat-Nya sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan". - Riwayat Ahmad.

Dicuplik dari ruangan Soal Jawab Agama Bersama Jakim yang disiarkan di akhbar Kosmo!

No comments: