Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria leptospira. Bakteria ini boleh hidup di air tawar selama lebih kurang sebulan.
Punca Jangkitan
Bakteria leptospira boleh terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia yang berjangkit seperti:
- tikus
- kucing
- anjing
- lembu
- kambing
- khinzir
- kuda
- haiwan lain
Faktor risiko
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada tanah dan air yang tercemar dari haiwan yang dijangkiti. Mereka yang bekerja sebagai petani, penternak, peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Mereka yang menjalankan aktiviti di kawasan rekreasi yang tercemar.
Peralatan dan makanan yang dicemari oleh kencing haiwan yang dijangkiti.
Cara jangkitan
- Ia boleh berjangkit dari haiwan kepada manusia secara langsung atau tidak langsung.
- Melalui sentuhan langsung dengan air atau tanah yang dicemari air kencing atau najis tikus atau haiwan liar.
- Minum air atau makan makanan yang dicemari najis atau air kencing tikus atau haiwan liar.
- Tempoh pengeraman adalah selama 5 ke 14 hari.
Tanda-tanda
Pesakit boleh mengalami pelbagai gejala jika dijangkiti bakteria Leptospira seperti:
- demam
- sakit kepala
- loya, muntah
- sakit otot
- kemerahan pada mata
- ruam kulit
- sakit perut
- batuk
- sakit pada betis
- jaundis (mata kekuningan)
- air kencing berwarna kehitaman (seperti air teh 'o' pekat)
Cara-cara pencegahan
- Menjaga kebersihan persekitaran rumah
- Tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus
- Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas.
- Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan sabun selepas bekerja di kebun, membersih sampah dan kawasan rumah selepas banjir.
- Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan dengan sempurna.
- Jangan bermain air dan lopak terutamanya selepas banjir.
- Membuang sisa makanan ke dalam tong sampah yang bertutup.
- Segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda penyakit.
No comments:
Post a Comment