Tujuan hari tersebut diisytiharkan adalah untuk memperingati bahawa dadah merupakan musuh utama kepada negara di samping memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah kepada semua lapisan masyarakat.
Berdasarkan laporan oleh UNODC pada tahun 2008 penghasilan dadah sintetik dalam kategori Amphetamine-type Stimulants (ATS) mencecah sebanyak 494 tan metrik dalam tahun 2007.
Sehubungan dengan itu, masyarakat hendaklah sentiasa diperingatkan mengenai bahaya dadah, satu gejala yang masih berleluasa di Malaysia.
Firman Allah SWT:
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." - Surah Al-Baqarah: Ayat 195
Menerusi ayat di atas, Islam dengan jelas mengharamkan dadah kerana ia tergolong dalam benda yang memabukkan sama seperti arak. Seperti juga dengan sabda Rasulullah SAW:
"Pasti akan ada manusia di kalangan umatku yang minum khamar (arak), namun mereka menamakannya dengan nama-nama yang lain".
Nama lain yang dimaksudkan itu adalah benda memabukkan seperti arak.
Sebenarnya bukan hidup penagih dadah sahaja yang akan terjejas akibat pengambilan dadah ini namun kesihatannya, sumber kewangan malahan keluarga penagih juga akan menjadi porak peranda.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyahut seruan melakukan transformasi untuk mempertingkatkan perkhidmatan terhadap rakyat selaras dengan slogan 1 Malaysia. Dengan itu AADK telah menubuhkan Cure & Care Clinic 1Malaysia atau dikenali sebagai C&C 1Malaysia.
C&C 1Malaysia memberikan perkhidmatan berikut kepada penagih:
1. Agama dan kaunseling
2. Pencegahan relaps
AADK bukan sahaja melaksanakan kaedah pemulihan dalam institusi semata-mata malah turut melaksanakan kaedah pemulihan dalam komuniti.
Dicerna daripada Khutbah Jumaat berjudul Transformasi Dalam Pemulihan Dadah yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Muhd. Ali b. Hj. Mohd Noh, Imam Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh pada 4 Mac 2011.
No comments:
Post a Comment