Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, March 10, 2011

Bunga Raya

Bunga raya merupakan sejenis pokok renek.

Bunga raya dipercayai berasal dari Indo-China.

Bunga raya juga dikenali dengan nama mawar China dan bunga kasut.

Bunga raya sesuai dijadikan tanaman pagaran, pasu, berkelompok dan topiari.

Struktur bunga raya terdiri daripada lima kelopak mengelilingi kolum stamina di tengah-tengah.

Bunga raya berkembang waktu pagi dan mula layu menjelang petang.

Pokok bunga raya ialah sejenis pokok yang tahan lasak dan berbunga sepanjang tahun.

Jenis-jenis bunga raya:
  • Hibiscus brackenridge
  • Hibiscus syriacus
  • Hibiscus schizopetalus
  • Hibiscus insularis
  • Hibiscus trionum
  • Hibiscus moscheutos
  • Hibiscus coccineus
  • Hibiscus arnottianus
  • Hibiscus boryanus

Hibiscus sabdariffa atau dikenali juga dengan nama Roselle boleh dijadikan sirap, jem dan halwa.

Daun bunga raya putih boleh digunakan untuk menyejukkan badan serta menghitam dan melebatkan rambut.

Bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan pula dikenali dengan nama hibiscus rosa-sinensis dan tergolong dalam keluarga Malvaleac.

Terdapat 200 hingga 300 spesies bunga raya ditanam secara meluas di kawasan tropika dan separa tropika.

Lazimnya bunga raya dijadikan tanaman hiasan.


Sejarah bunga kebangsaan

Setelah negara mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dijadikan bunga kebangsaan.

Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga iaitu bunga kenanga, bunga melor, bunga teratai, bunga cempaka, bunga tanjung, bunga mawar dan bunga raya.

Pada 28 Julai 1960, bunga raya telah diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Selain Malaysia, Korea Selatan dan Hawaii juga memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan.

Bunga raya yang dipilih sebagai bunga kebangsaan di Korea Selatan adalah dari jenis Hibiscus syriacus manakala di Hawaii pula dari jenis Hawaiian Hibiscus atau dikenali juga dengan nama Hibiscus brackenridgei.

Pada 28 Julai 2010, genap 50 tahun bunga raya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia.


Jenis-jenis bunga kebangsaan setiap negara di dunia

Argentina - bunga ceibo

Austria - Edelweiss (tumbuhan Alp)

Australia - Wattle

Bangladesh - kiambang

Barbados - dwarf poinciana

Belgium - popi merah

Brazil - orkid

Bulgaria - bunga mawar

Canada - daun mapel

Chile - Copihue

China - peong

Cuba - butterfly flower

Denmark - daisi marguerita

Mesir - teratai

England - bunga mawar

Estonia - bunga jagung

Finland - bunga kiambang lembah

Perancis - Fleur de lys

Jerman - bunga jagung

India - teratai

Ireland - shamrock

Jepun - bunga kekwa

Luxembourg - bunga mawar

Mexico - dahlia

Monaco - bunga teluki

Nepal - pokok rhododendron

Belanda - tulip

New Zealand - Kowhai

Norway - heather ungu

Pakistan - jasmin

Portugal - lavender

Russia - camomile

Scotland - tisel

Singapura - orkid

Afrika Selatan - protea

Sweden - linnea

Switzerland - Edelweiss

Turki - tulip

Ukraine - bunga matahari

USA - bunga mawar

Venezuela - orkid

Wales - daffodil

Zimbabwe - teratai api

Sumber: Kosmo!, The Miles Kelly Book of Lists.

No comments: