Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, February 10, 2011

Yang Pertama

Tsar pertama di Russia

Ivan IV Vasilyevich atau dikenali juga sebagai Ivan the Terrible. Ditabalkan sebagai Tsar Russia pada tahun 1547 dan merupakan Tsar yang pertama di negara itu. Sebelum itu Russia diperintah oleh Grand Prince of Moscow.


Perdana Menteri pertama di Great Britain

Sir Robert Walpole adalah Perdana Menteri pertama di Great Britain. Beliau menduduki jawatan tersebut bermula pada 4 April 1721 sehingga 11 Februari 1742.


Wanita Pertama yang pertama di Amerika Syarikat

Martha Washington ialah Wanita Pertama yang pertama di Amerika Syarikat. Martha Washington ialah isteri kepada Presiden Pertama Amerika Syarikat iaitu George Washington. Semasa hayatnya, beliau digelar Lady Washington.


Pemenang pingat emas Olimpik yang pertama

James Brendan Connolly atau dikenali juga sebagai James B Connolly ialah pemenang pingat emas pertama sukan Olimpik. Beliau berasal dari Amerika Syarikat dan telah memenangi pingat emas dalam acara triple jump di Sukan Olimpik 1896 di Athens, Greece.


Pramugari yang pertama di dunia

Ellen Church ialah pramugari pertama di dunia. Ellen Church merupakan seorang jururawat dan juruterbang. Ketika kapal terbang penumpang pertama hendak dilancarkan, Ellen pernah mencadangkan agar para jururawat dilantik menjadi pramugari supaya dapat mententeramkan penumpang yang takut menaiki kapal terbang. Pada tahun 1930 Syarikat Boeing Air Transit telah melantik Ellen Church sebagai ketua pramugari untuk pesawat syarikat tersebut.


Manusia pertama yang terbang lebih laju dari bunyi

Chuck Yeager, seorang juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat merupakan orang pertama yang berjaya terbang lebih laju dari bunyi. Kejayaan tersebut dibuat pada 14 Oktober 1947 menggunakan pesawat Bell X-1 dengan kelajuan Mach 1.


Perdana Menteri wanita yang pertama

Sirimavo Bandaranaike atau nama penuhnya Sirimavo Ratwatte Dias Bandaranaike merupakan Perdana Menteri wanita yang pertama di dunia. Beliau menjadi Perdana Menteri Sri Lanka sebanyak tiga kali iaitu pada 1960-1965, 1970-1977 dan 1994-2000. Sirimavo Bandaranaike merupakan balu kepada Perdana Menteri Sri Lanka terdahulu iaitu Solomon Bandaranaike dan ibu kepada Presiden Sri Lanka ketiga, Chandrika Kumaratunga dan Anura Bandaranaike, bekas speaker dan menteri kabinet Sri Lanka.


Bayi tabung uji yang pertama

Louise Brown adalah bayi pertama yang dilahirkan menggunakan kaedah in vitro fertilization (IVF) atau tabung uji. Dilahirkan pada 25 Julai 1978 di Oldham, United Kingdom dengan berat 2.608 kg.


Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang pertama dari golongan wanita

Setiausa Negara Amerika Syarikat yang pertama dari golongan wanita ialah Madeleine Albright. Beliau dilantik oleh Presiden Bill Clinton pada bulan 5 Disember 1996 dan mengangkat sumpah pada 23 Januari 1997. Beliau menamatkan perkhidmatannya pada 20 Januari 2001. Tempat beliau digantikan oleh Collin Powell.

Sumber: The Miles Kelly Book of Lists, wikipedia.

No comments: