- Pertimbangkan bahagian badan yang perlu diberi tumpuan utama dan bahagian tertentu yang harus disembunyikan.
- Tanya kembali diri sendiri mengenai kesesuaian pemilihan pakaian termasuk soal warna, rekaan serta padanan aksesori untuk mengelak penampilan jadi pelik.
- Dalam asyik meyuaipadan serta aksesori, pastikan ia tidak keterlaluan hingga dilihat berlebih-lebih.
- Tentukan juga faktor lokasi serta kesesuaian temuduga. Andai ingin menghadiri temuduga di syarikat korporat, semestinya penataan gaya perlu sesuai dan kemas. Jangan pula memilih warna terang, berkilau dan santai kerana pemilihan pakaian mencerminkan personaliti.
- Jalur melintang membuatkan anda lebih lebar manakala jalur menegak, secara visualnya memanjangkan badan.
- Jangan mengambil mudah soal pemilihan pakaian kerana faktor kecil termasuk aksesori menampakkan kecenderungan anda terhadap perkembangan fesyen.
Pilih Jenama Murah
Usah menghabiskan wang membeli pakaian jenama mewah yang dihasilkan gedung fesyen di London, New York atau Milan. Buat kajian dan lihat banyak jenama fesyen berkualiti tetapi ditawarkan pada harga murah di pasaran. Tidak percaya kunjungilah butik fesyen Uniqlo, F.O.S, Reject's Shop, Mydin, Kamdar atau Why Pay More.
Suai Padan Pakaian
Jangan gusar soal membeli pakaian baru andai tidak mempunyai bajet. Sebaliknya, lihat kembali koleksi pakaian yang ada dan cuba suai padankan. Jika risau tidak arif soal berpakaian, minta pertolongan rakan atau ahli keluarga.
Jualan Murah
Tandakan dalam kalendar bila gedung perniagaan mengadakan jualan mega atau murah. Anda boleh berjimat jika menunggu tawaran jualan murah diumumkan untuk membeli pakaian baru.
Pinjam Kenalan Baik
Andai anda terdesak, usah malu meminjam pakaian atau aksesori seperti tali leher, tali pinggang dan kasut daripada kenalan atau saudara yang memiliki barangan cantik untuk digayakan pada hari temu duga. Mana tahu, ia mungkin mendatangkan rezeki pada anda!
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment