LONDON - Kanak-kanak yang mengalami Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) lebih cenderung untuk tidak memiliki kromosom berlebihan berbanding kanak-kanak biasa lain, menurut satu kajian.
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Britain itu menyatakan, penemuan tersebut membuktikan ADHD merupakan masalah genetik.
Para penyelidik telah membandingkan genom 366 kanak-kanak Britain yang berusia dari lima hingga 17 tahun yang menghidap ADHD dengan 1,000 kanak-kanak sama umur tetapi tidak menghidap penyakit tersebut.
Menurut kajian itu, kira-kira 14% kanak-kanak memiliki penyakit ADHD didapati mempunyai pindaan genetik.
"Ini merupakan kali pertama kami mendapati bahawa kanak-kanak dengan ADHD mempunyai sebahagian besar asid deoksiribonukleik (DNA) yang hilang atau disalin semula (genetik)," kata seorang penyelidik, Profesor Anita Thapar di Pusat Genetik Neuropsikiatri Universiti Cardiff.
Kajian itu telah diterbitkan dalam majalah perubatan Lancet. - AP, Kosmo!
No comments:
Post a Comment