Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, February 23, 2011

Tip keselamatan untuk wanita yang keluar bersendirian

Info ini adalah untuk wanita dan pelajar yang keluar secara bersendirian.  Semoga tip-tip ini dapat menyelamatkan anda daripada perkara yang tidak diingini.

  1. Sekiranya anda terpaksa pulang lewat malam secara bersendirian, jangan gunakan jalan pintas yang sunyi dan jarang dilalui orang lain.  Jalan yang sunyi sering menjadi tempat para penjenayah menjalankan operasi mereka.
  2. Sekiranya anda merasa diri diekori oleh seseorang, segeralah ke tempat yang dipenuhi orang ramai seperti kedai serbaneka, restoran atau pasaraya.  Anda juga boleh terus ke pondok polis atau balai polis berhampiran meminta bantuan.  Jangan terus menuju ke rumah kerana anda mungkin diserang sebaik sahaja tiba di rumah ataupun di pertengahan jalan.
  3. Keluarkan kunci kereta terlebih dahulu apabila menuju ke tempat kereta diletakkan.  Sekiranya anda diserang secara tiba-tiba, anda dapat membuka dan terus memasuki kenderaan dengan segera.
  4. Seboleh-bolehnya letakkan kereta berhampiran dengan tempat anda bekerja.  Letakkan kereta di kawasan yang terang dan selamat.
  5. Apabila anda tiba di rumah, sebelum anda keluar dari kenderaan pastikan di sekeliling anda tiada sebarang kenderaan atau individu yang mencurigakan.  Sentiasa menyimpan nombor telefon jiran-jiran anda.  Sekiranya terdapat individu yang mencurigakan, hubungi jiran anda dan juga polis.
  6. Ketika anda memandu, pastikan anda mengunci semua pintu dan tingkap.
  7. Sekiranya kereta anda ditahan oleh seseorang, bunyikan hon untuk menarik perhatian orang lain.

No comments: