Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, February 24, 2011

Gemuruh

Perasaan gemuruh yang berlebihan mampu menjejaskan keyakinan diri.

Perasaan gemuruh tidak harus dibiarkan menguasai diri kerana ia mampu melemahkan seseorang serta merosakkan penampilannya ketika berhadapan dengan orang ramai.

Perasaan gemuruh lebih mudah menyerang seseorang apabila dia berhadapan dengan sesuatu yang sangat diingininya.

Antara petanda perasaan gemuruh melanda seseorang ialah:
  • Seseorang itu terlalu risau keputusan yang dibuatnya tidak diterima orang lain.
  • Sering memikirkan kelemahan diri, merendahkan dan mengkritik diri sendiri.
  • Selalu terlupa apa yang hendak dicakapkan di khalayak ramai kerana melawan atau cuba mengawal perasaan gemuruhnya.
  • Gemuruh juga membuatkan seseorang itu kejang dan bernafas pendek kerana mahu  mengawal rasa gemuruhnya.
  • Percakapan, pergerakan atau penampilan kelihatan kaku serta kurang sopan.
  • Cuba mengalihkan perhatian kepada perkara lain untuk menyembunyikan rasa gemuruh.
  • Mengalami tekanan dan emosi tidak stabil serta mengalami kemurungan, kerisauan melampau dan panas baran.
  • Bersikap bukan seperti diri sendiri kerana mahu memuaskan hati orang lain.

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengatasi perasaan gemuruh.
  1. Berfikir positif dan tidak memandang rendah pada keupayaan diri sendiri.
  2. Bercakap dengan nada yang terkawal agar orang di sekeliling memahami apa yang diucapkan.
  3. Jangan terlalu ketara menunjukkan perasaan gemuruh kerana keadaan itu akan menyebabkan seseorang berasa lebih gemuruh apabila orang lain memandangnya.
  4. Elakkan daripada bertanya soalan yang membosankan atau topik yang kurang menarik apabila berinteraksi dengan orang lain.
  5. Tanamkan keyakinan diri yang tinggi terhadap diri sendiri.

Sumber asal: Artikel Gemuruh Boleh Sebabkan Tekanan tulisan Faizatul Farlin Farush Khan, Harian Metro, 10 Mei 2010.

No comments: