Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, February 23, 2011

Panduan menghantar foto bersama resume


Ini adalah panduan bagi mereka yang hendak menghantar foto bersama resume untuk memohon pekerjaan dan temuduga.
  • Pastikan gambar yang dikirim adalah gambar terbaru dan terkini. Elakkan mengirim gambar sewaktu berada di zaman persekolahan atau universiti.
  • Pastikan solekan yang dikenakan tidak terlalu tebal dan ketara.
  • Sertakan gambar di mana anda memakai pakaian yang formal seperti bertali leher dan memakai blazer.
  • Kaum hawa hendaklah mengirim gambar dengan rambut yang terurai rapi.  Pastikan ia tidak diikat atau disepit tetapi kemas dan sekiranya anda bertudung, gunakan tudung dengan warna yang gelap dan tiada bercorak.
  • Betulkan posisi tubuh anda sewaktu mengambil gambar.  Seelok-eloknya posisi anda tegak kerana ia kelihatan anda bersemangat dan elakkan posisi membongkok kerana ia akan membuatkan anda kelihatan seperti kelesuan.
  • Pastikan juga kepala anda berada dalam keadaan tegak, tidak menunduk atau mendongak sewaktu mengambil gambar.
  • Pandangan mata harus lurus ke depan dan pastikan tidak melirik ke kiri atau ke kanan.  Ekspresi mata juga harus kelihatan segar dan tidak nampak seperti mengantuk atau letih.
  • Ukir senyuman secara bersahaja dan menarik, jangan senyum terlalu lebar sehingga menampakkan gigi anda.  Juga elakkan dari bermuka masam.

No comments: