Antara faktor yang mendorong wanita untuk merokok adalah kepercayaan bahawa amalan merokok mampu menurunkan berat badan.
Tabiat tersebut akan mendedahkan wanita yang merokok kepada implikasi yang lebih serius seperti risiko kecacatan kepada bayi di dalam kandungan, barah paru-paru, barah kerongkong, strok, masalah sistem pernafasan dan lain-lain penyakit kronik.
Tabiat negatif merokok di kalangan wanita juga boleh menjejaskan imej, kewibawaan dan ketrampilan wanita tersebut.
Asap rokok dan bahan kandungan tembakau dalam rokok mengandungi hampir 4,000 jenis bahan kimia, 60 daripadanya penyebab kanser.
Tabiat merokok juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain terutama kanak-kanak dan wanita mengandung.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia ke-37 pada 23 Mac 1995 memutuskan bahawa amalan merokok adalah HARAM menurut pandangan Islam (klik sini).
Namun, tabiat merokok di negara kita meningkat di setiap peringkat umur tanpa mengira jantina.
Merokok adalah satu tabiat yang amat tidak berfaedah dan merugikan.
Perokok akan tetap merokok meskipun harga rokok dinaikkan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, beliau berkata:
"Rasulullah melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan melemahkan badan (muftir)." - Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Sebagai penganut agama Islam, kita hendaklah membebaskan diri daripada sesuatu yang memabukkan, mengelak ketagihan dan pembaziran serta sesuatu yang tidak memberi kebaikan pada diri sendiri.
Firman Allah SWT:
"Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara syaitan." -Surah Al-Isra: Ayat 27.
Sumber: Harian Metro 10 Mei 2010
No comments:
Post a Comment