JIka anda ingin membuat urusan jual beli, sila ikuti senarai semakan ini untuk hasil yang terbaik bagi anda.
- Senaraikan apa yang anda cari sebelum anda pergi dan melihat item yang dicari.
- Kunjungi rumah penjual bersama seorang kawan.
- Tawarkan diri untuk mengikut pembeli ke bank untuk melihat draf bank yang akan dikeluarkan.
- Minta resit daripada penjual.
- Pastikan item berfungsi dengan baik sepenuhnya sebelum membeli.
- Adakah penjual memiliki jaminan untuk ditunjukkan kepada anda?
- Pastikan temujanji anda telah ditetapkan sebelum anda menemui penjual.
- Pilih dengan berhati-hati dan jangan gopoh sebelum membuat sesuatu pembelian.
- Simpan barang-barang berharga dalam rumah anda di tempat yang selamat.
Panduan Jual Beli Kenderaan
- Mintalah dokumen pendaftaran asal daripada penjual.
- Adakah nama penjual tertera dalam dokumen pendaftaran?
- Semak setiap perkara di dalam dokumen pendaftaran seperti perbatuan, pastikan sepadan seperti yang dilihat.
- Pastikan kenderaan telah habis dibayar sepenuhnya dan tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran.
- Pandu uji sendiri kenderaan untuk memastikan ianya sesuai dengan keperluan anda.
- Jangan benarkan pembeli berpotensi memandu uji kenderaan secara bersendirian.
- Jangan terima kunci kereta pembeli sebagai langkah keselamatan.
- Jika anda membenarkan pembeli memandu uji kenderaan anda, pastikan ia diinsuranskan.
Panduan Jual Beli Hartanah
- Jangan cepat bersetuju untuk menyewa tanpa sebarang perjanjian lengkap dan bertulis antara anda dengan pemilik atau agensi perumahan.
- Buatlah pengesahan identiti pemilik sebelum anda membayar wang dan pastikan pemilik memiliki hartanah tersebut. Mintalah bukti pengenalan diri seperti buku rekod sewaan yang sebelumnya.
- Bandingkan hartanah lain dalam kawasan anda di pasaran, termasuk mengambil kira pembaikan dan sebarang kerja. Beritahu segala kerja-kerja yang telah anda lakukan untuk hartanah anda.
- Hanya tunjukkan hartanah kepada orang-orang yang telah membuat temujanji dengan anda.
- Jimatkan wang pada bayaran agensi dengan menggunakan perkhidmatan iklan di akhbar contohnya 1klassifieds(hubungi 1-300-808-123).
- Buat senarai semakan maklumat mengenai hartanah yang diingini.
- Bertanyalah tentang pendirian penjual terhadap hartanah - bolehkah perpindahan dilakukan secepat mungkin?
Panduan mencari dan mengiklankan kerja
- Jika berminat dengan pekerjaan yang diminta, ingatkan diri bahawa tanggapan pertama terhadap diri anda dan cara perbualan dalam telefon adalah penting.
- Jangan letakkan kesemuanya dipertimbangkan dalam iklan pencarian pekerjaan yang anda mahu iklankan.
Sumber: 1klassifieds Harian Metro
Layari www.1k.com.my
No comments:
Post a Comment