Nama saintifik bagi Beruang Matahari ialah Helarctos Malayanus dan Ursus Malayanus.
Baruang Matahari adalah haiwan jenis mamalia yang berasal daripada keluarga beruang jenis Ursidae.
Selain di Malaysia, ia dijumpai di Timur Tibet dan Sichuan, China dan India, Borneo, Sumatera, Thailand, Vietnam, Cambodia, Laos, Bangladesh dan Burma.
Beruang Matahari mempunyai tanda berbentuk 'U' seperti tapak kaki kuda di dada dan berwarna oren dan coklat.
Habitatnya di kawasan rendah hutan hujan Tropika Asia Tenggara.
Beruang Matahari jantan biasanya 10 hingga 20 peratus lebih besar daripada beruang betina.
Berat badan Beruang Matahari boleh mencapai kebiasaan sekitar 70 kilogram dan mahir memanjat pokok.
Ia juga dikenali sebagai Beruang Anjing kerana memiliki saiz telinga yang kecil dan comel selain berbadan sasa.
Beruang Matahari memakan biawak, burung dan haiwan kecil lain termasuk buah-buahan, telur, madu lebah dan anai-anai.
Jangka hayat Beruang Matahari biasanya kira-kira 25 tahun.
Sumber: animals.nationalgeographic.com, bearplanet, Kosmo!
No comments:
Post a Comment