Pengikut dan Ex-smgrian

Sunday, April 25, 2010

Monorail Cafe dan Memory Lane

Sekiranya anda ke Stesen Keretapi Ipoh, sama ada baharu tiba dari sesebuah destinasi menaiki keretapi ataupun sedang menunggu ketibaan keretapi, cubalah menjamu selera di Monorail Cafe, sebuah mini kafe yang terdapat di stesen keretapi ini.  Menghidangkan pelbagai jenis makanan sama ada makanan tempatan dan juga barat, yang dapat mengalas perut anda.  Terdapat juga beberapa makanan ringan seperti burger, sandwich dan sebagainya yang boleh dijadikan bekalan sewaktu perjalanan menaiki keretapi.  Harganya juga berpatutan.

Pemandangan di dalam Monorail Cafe

Pada hujung minggu pula, berkunjunglah ke Memory Lane atau dikenali juga sebagai Flea Market (Pasar Kutu?) yang diadakan setiap hari Ahad di Jalan Horley berdekatan Kompleks Yik Foong sehinggalah ke Waller Court.  Menariknya tentang Memory Lane ini ialah pelbagai jenis barangan antik dan sukar didapati boleh diperolehi di sini.  Antaranya seperti seterika lama, jam dinding lama, piring hitam lama, buku-buku dan komik-komik lama dan sebagainya.  Dahulunya ia dikenali sebagai Loken (atau Looking?) dan lokasi dahulu ialah berhampiran Sungai Kinta dan Emporium Pera, kini tempat tersebut telah pun dijadikan taman rekreasi dan mercu tanda taman tersebut ialah restoran Nasi Kandar Nashmir.


Antara pengunjung yang datang ke Memory Lane

Pelbagai jenis barangan antik terdapat di sini

Majalah-majalah antik juga turut dijual, sesuai untuk 'collector's item'

Malahan beg dan golf club juga boleh diperolehi di sini

1 comment:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....