Pemandangan di dalam Monorail Cafe
Pada hujung minggu pula, berkunjunglah ke Memory Lane atau dikenali juga sebagai Flea Market (Pasar Kutu?) yang diadakan setiap hari Ahad di Jalan Horley berdekatan Kompleks Yik Foong sehinggalah ke Waller Court. Menariknya tentang Memory Lane ini ialah pelbagai jenis barangan antik dan sukar didapati boleh diperolehi di sini. Antaranya seperti seterika lama, jam dinding lama, piring hitam lama, buku-buku dan komik-komik lama dan sebagainya. Dahulunya ia dikenali sebagai Loken (atau Looking?) dan lokasi dahulu ialah berhampiran Sungai Kinta dan Emporium Pera, kini tempat tersebut telah pun dijadikan taman rekreasi dan mercu tanda taman tersebut ialah restoran Nasi Kandar Nashmir.
Antara pengunjung yang datang ke Memory Lane
Pelbagai jenis barangan antik terdapat di sini
Majalah-majalah antik juga turut dijual, sesuai untuk 'collector's item'
Malahan beg dan golf club juga boleh diperolehi di sini
1 comment:
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Post a Comment