Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, June 17, 2010

Berakhirnya perjalanan AEA 5391


Akhirnya perjalanan Proton Iswara AEA 5391 menemui penamatnya.

Kereta yang merupakan kesayangan ayahku ini telah terlibat dalam kemalangan di KM 274 lebuhraya Utara Selatan dari Bercham menuju ke Jalan Kuala Kangsar, Ipoh pada 3 Jun 2010 sekitar pukul 2 petang.

Syukurlah ayahku yang memandu secara sendirian ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut ayahku, kereta tersebut dilanggar oleh sebuah lori pembawa simen daripada belakang.  Kereta itu kemudian melanggar pembahagi jalan.  Ayahku tidak dapat mengingati apa yang berlaku selepas itu, hanya ternampak orang ramai datang menghampiri dan membawanya keluar daripada kereta.



Sewaktu diangkat ke dalam ambulans baharulah ayahku ternampak keadaan kereta yang agak teruk.

Ayahku dimasukkan ke dalam wad kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun sekitar pukul 3 petang.  Kebetulan aku berada di hospital berkenaan kerana ada temujanji pada waktu pagi berkenaan masalah jantungku.

Setelah pemeriksaan dibuat dan ayahku didapati stabil, ayahku dibenarkan keluar pada pukul 12 tengah malam.



Kereta tersebut dibeli oleh ayahku pada tahun 2000, bermakna sudah 10 tahun kereta itu berkhidmat untuk keluarga kami.  Kereta itu juga jarang menimbulkan masalah namun telah beberapa kali insiden berlaku yang melibatkan kereta itu antaranya cermin kereta dipecahkan pencuri dan beberapa kemalangan kecil.

No comments: