Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, March 16, 2010

Panorama Cameron Highlands

Cameron Highlands adalah sinonim dengan warga Perak Darul Ridzuan, meskipun daerah ini terletak dalam negeri Pahang Darul Makmur.  Ini kerana kebanyakan penduduk di Cameron Highlands merupakan orang Perak yang berhijrah daripada Tapah.

Hari Ahad yang lalu, aku bersama keluarga mengunjungi Cameron Highlands sempena cuti sekolah.  Banyak perubahan yang aku lihat di Cameron Highlands.  Pertama, pengunjung daripada bandar raya Ipoh tidak perlu lagi melalui kawasan Tapah untuk ke Cameron Highlands, sebaliknya boleh menggunakan jalan dari Simpang Pulai.  Kedua, sudah banyak hotel-hotel dan tempat penginapan dibina di Cameron Highlands.

Seperti kelaziman, apabila tiba di Cameron Highlands, tumpuan utama pastilah melawat kebun strawberi, ladang teh dan membeli sayur-sayuran segar daripada ladang.  Bagaimanapun, untuk menjimatkan masa kami hanya membeli sayur-sayuran sahaja.  Sempat juga kami singgah minum teh di Cameron Valley Bharat Tea House.

Aku agak terpegun dengan perubahan Tea House ini.  Kalau dahulu ianya cuma sebuah gerai kecil di tepi jalan yang menjual teh, tetapi kini ia telah menjadi sebuah restoran yang agak eksklusif.  Di bawah aku sisipkan beberapa gambar yang sempat aku rakam sewaktu di Tea House ini.

Suasana Tea House yang penuh sesak dengan pengunjung

Pemandangan indah kebun teh

Sedang menjamu selera di Tea House

Azhari yang gembira dapat berkunjung ke Cameron Higlands.

Untuk maklumat lanjut tentang Cameron Highlands, sila klik sini

2 comments:

Hasnunniza Hashim said...

Cameron la ni sejuk lagi ka? Orang rumah dah lama ngajak ronda sini. Nak pi cari strawberi masam.

Zairul Salleh said...

Masa teman pergi sana Ahad lalu hari tgh hujan, so terasa la jugak kesejukannya. Kalau hari biasa rasanya tak berapa sejuk.