Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 19, 2010

Hospital Batu Gajah


Hospital Batu Gajah dibina pada 1880 oleh penjajah Inggeris.  Dahulunya hospital ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hospital Eropah dan Hospital Asia.

Hospital Eropah terdiri daripada wad kelas satu yang merawat pegawai kerajaan Inggeris dan Eropah, pengurus estet berbangsa Eropah dan Raja-Raja Melayu manakala Hospital Asia yang terdiri daripada wad kelas dua dan tiga, dikhaskan untuk merawat orang awam keturunan Asia dan pegawai kerajaan.

Hospital Batu Gajah dibina di atas tanah seluas 22 hektar, di atas Bukit Changkat.

Pada mulanya hospital ini ditadbir oleh pegawai perubatan, penyelia, jururawat dan ketua jururawat berbangsa Inggeris.  Pegawai perubatan berbangsa Asia pertama yang bertugas di hospital ini adalah dari India dan Sri Lanka.

Di antara tahun 1940 - 1941, tentera Jepun telah mengambil alih keseluruhan hospital di Tanah Melayu dan hospital ini pernah dijadikan tempat penyeksaan untuk tahanan wanita dan lelaki.

Sumber: Sinar Harian

No comments: