Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 12, 2010

Ex-smgrian dan Facebook

Zairul Salleh

Create Your Badge


Aku tidak dapat menafikan bahawa peranan laman sosial seperti Facebook dalam membantu mencari teman-teman lama memang ada keberkesanannya.  Walaupun sebelum ini aku agak skeptikal kepada laman-laman sosial ini kerana pada persepsiku laman-laman ini hanya digunakan oleh remaja mahupun orang dewasa untuk mencari kenalan, jodoh dan hendak menggatal.  Namun persepsi itu kurang tepat dan menyimpang jauh.

Daripada Facebook walaupun tujuan utamanya adalah untuk bersosial, mencari kenalan dan rakan-rakan lama namun ia juga mampu menjadi alat untuk menjana pendapatan, ia juga boleh dijadikan medium untuk berdakwah, menyebarkan ideologi yang mana aku dapati memang dimanfaatkan oleh parti-parti politik baik proposisi dan oposisi.

Namun, perlu juga berhati-hati kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.  Facebook juga boleh menjadi bahaya kerana ia juga boleh digunakan untuk perkara-perkara negatif.  Almaklum, menerusi laman-laman sosial seperti Facebook maklumat-maklumat peribadi adakalanya terdedah kepada umum.  Gambar-gambar yang disimpan di dalam album Facebook boleh digunakan untuk tujuan jahat seperti super impose dan bertujuan untuk memalukan pengguna.

Melalui laman Facebook aku telah berjaya menemui beberapa ex-smgrian 1991 seperti Khairul Azry, Annuar Shadat, Fazidah Kamaruddin, Roszaida, Intan Safina dan beberapa orang lagi.  Namun begitu yang lebih ramai aku temui adalah pelajar perempuan berbanding lelaki.  Aku masih dalam usaha untuk menjejaki rakan-rakan lama, walaupun tidak dapat bertemu di luar, cukuplah sekadar bertemu di alam maya.

No comments: