PARIS: Satu kajian dilakukan pakar barah terkemuka merumuskan penggunaan telefon bimbit boleh membunuh lebih ramai orang berbanding merokok atau asbestos. Beliau berkata, orang ramai perlu mengelak daripada menggunakan telefon bimbit sebaik yang boleh dan kerajaan serta industri alat telekomunikasi itu perlu mengambil ‘langkah segera’ untuk mengurangkan pendedahan kepada radiasinya.
Penyelidikan itu, yang dilakukan Profesor Vini Khurana, adalah petanda paling membimbangkan pernah disiarkan mengenai risiko kesihatan.
Ia menggariskan bukti yang semakin bertambah - secara eksklusifnya dilaporkan dalam jurnal IoS Oktober 2007, bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih boleh menggandakan risiko barah otak. Barah mengambil masa sekurang-kurangnya sedekad untuk berkembang, menidakkan jaminan kesihatan berdasarkan kajian terdahulu yang termasuk tidak ramai orang yang menggunakan telefon bimbit selama itu.
Awal tahun ini, kerajaan Perancis memberi amaran terhadap penggunaan telefon bimbit, terutama di kalangan kanak-kanak. Jerman turut menasihatkan rakyatnya supaya meminimumkan penggunaan telefon bimbit, dan Agensi Alam Sekitar Eropah menggesa pendedahan dikurangkan.
Profesor Khurana, pakar bedah saraf terkemuka yang memenangi 14 anugerah sejak 16 tahun lalu, menerbitkan lebih 36 kertas saintifik - menilai lebih 100 kajian mengenai kesan telefon bimbit. Beliau meletakkan hasil pembedahan otak dalam laman web, dan kertas kerja berdasarkan penyelidikan itu kini sedang dinilai semula untuk diterbitkan dalam jurnal saintifik.
Beliau mengaku telefon bimbit boleh menyelamatkan nyawa dalam keadaan kecemasan tetapi merumuskan ‘terdapat peningkatan bukti penting bagi kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan tumor otak tertentu.’ Beliau juga percaya ia ‘akan jelas terbukti’ dalam dekad akan datang. Menyatakan tumor otak berbahaya mewakili ‘diagnos pengakhir kehidupan’, beliau menambah: “Kita kini mengalami keadaan bahaya dan tidak diperiksa secara aktif.”
Profesor Khurana turut meluahkan kebimbangan ‘kecuali industri dan kerajaan mengambil langkah segera dan berkesan,’ kejadian tumor otak bahaya dan kadar kematian berkaitan akan meningkat di seluruh dunia dalam masa sedekad, dan pada ketika itu, sudah terlalu lewat untuk diubati.
- Agensi
No comments:
Post a Comment