Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, November 17, 2009

Makanan sosej tingkat risiko barah usus



LONDON: Yayasan Tabung Penyelidikan Barah Sedunia (WCRF) memberi amaran bahawa amalan memakan satu sosej atau tiga kepingan daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usus sebanyak 20 peratus. Akhbar Daily Mail melaporkan, amaran itu membabitkan pengambilan kira-kira 50 gram daging diproses, setiap hari. Orang ramai sememangnya dinasihati makan kurang 17.7 auns daging merah seminggu dan mengelak semua bentuk daging yang diproses.

“Memang wujud bukti jelas kaitan antara daging yang diproses semula dengan barah. Daging seperti sosej, burger dan kepingan daging salai itu disediakan dengan kaedah termasuk diperap, disalai, dicampur garam serta bahan pengawet lainnya,” kata Prof Martin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.

Sekurang-kurangnya seorang bagi setiap 20 orang menghidap barah usus dan kira-kira 16,000 orang mati akibatnya, setahun. Di Britain, hampir setiap 100 kes baru barah usus dikesan setiap tahun.

Dr Wiseman berkata hampir separuh ancaman barah dapat dielakkan jika individu mengamalkan cara hidup sihat termasuk pemakanan atau diet lebih seimbang, menggunakan krim anti sinaran matahari, tidak merokok dan mengehadkan pengambilan arak.

Yayasan itu juga menegaskan, lebih banyak usaha perlu dibuat bagi mengetengahkan amaran risiko barah dihadapi mereka yang suka makan daging. Kerajaan Britain misalnya sudah memperkenalkan program saringan barah usus membabitkan pemeriksaan setiap dua tahun sekali kepada lelaki dan wanita berusia 60-69 tahun.

Namun, pakar menganggap barah usus lebih mudah dikawal berbanding barah lain biarpun ia menjadi punca kematian kedua selepas barah paru-paru.

Pada Oktober 2007, laporan WCRF menyatakan daging merah dan daging yang diproses sememangnya ada kaitan jelas dengan barah usus.

- Agensi

No comments: