Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, November 17, 2009
Masalah jiwa meningkat
LONDON: Semakin ramai golongan kanak-kanak di Britain menderita masalah kesihatan mental kerana terpengaruh cara hidup negatif. Amalan meminum arak, dadah, perpecahan keluarga dan tekanan untuk kelihatan bergaya serta menarik menyumbang ke arah aliran itu.
Laporan terbaharu dari badan siasatan 'The Children's Society' mengenai tahap kanak-kanak dijangka mendedahkan bahawa lebih sejuta golongan itu mengalami gangguan dari kemurungan, kebimbangan, anoreksia kepada keganasan.
Laporan itu menggesa tindakan untuk menghalang masalah kesihatan mental menjejaskan prospek generasi muda. Ia juga menggesa ibu bapa untuk berusaha lebih mengemudi anak mereka menjauhi tindak tanduk anti sosial dan kehidupan jenayah dan pengangguran. Malah, ibu bapa digalakkan untuk memuji anak mereka dengan lebih kerap berbanding berulang kali mengkritik mereka, dan pada masa mewujudkan sempadan yang jelas.
-Agensi, Isnin 21 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment